Bantuan dengan Search courses

Kesedaran Keselamatan ICT

muka depan kursus kesedaran keselamatan ICT

Penggunaan teknologi Keselamatan ICT bertujuan untuk menangani ancaman seperti serangan malware, e-mel palsu (Phishing email)spam email dan kecurian data serta melindungi aset ICT organisasi. Selain teknologi, pengguna yang bijak dan berpengetahuan juga merupakan benteng utama yang menghalang ancaman keselamatan ICT ini.  

Oleh itu, kursus ini dibangunkan untuk mendidik kakitangan UKM tentang tanggungjawab mereka dalam membantu melindungi kerahsiaan, ketersediaan dan integriti aset ICT universiti. Keselamatan ICT adalah tanggungjawab kita semua.

 Objektif Kursus ini adalah seperti berikut :
  • Memberi pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan UKM mengenai kepentingan Keselamatan ICT.
  • Menyediakan kakitangan yang berpengetahuan untuk menghadapi pelbagai serangan keselamatan ICT.
  • Membudayakan keselamatan ICT dalam kerja harian.

Di akhir kursus ini peserta dapat :
  • Mengetahui cara-cara melindungi komputer daripada ancaman keselamatan ICT .
  • Mengenalpasti kata laluan yang baik dan  cara-cara memelihara katalaluan.
  • Memahami tentang keselamatan internet dan mengetahui etika dalam penggunaan internet.
  • Membezakan jenis-jenis ancaman emel phishing, pencegahan bagi setiap ancaman emel dan etika dalam penggunaan emel.

Jumlah bab: 4

Jumlah video: 9

Jumlah Tempoh: 21 Minit 44 Saat

Penyetaraan jam latihan: 2 Jam (Termasuk kuiz dan soal selidik)

Syarat lulus: Menonton kesemua video dan lulus kuiz