Manual Pengguna

Laman: Pelantar Maya Pembestarian Bakat UKM MayaBestari@UKM
Kursus: Pelantar Maya Pembestarian Bakat UKM MayaBestari@UKM
Buku: Manual Pengguna
Dicetak Oleh:
Tarikh: Selasa, 7 Julai 2020, 9:17

1. Log Masuk

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk log masuk ke dalam MayaBestari@UKM :


  • Klik Log Masuk


  • Masukkan UKM (PER) dan kata laluan ewarga


  • Klik Log Masuk. Nama dan UKM(PER) peserta akan dipaparkan jika berjaya log masuk.

2. Daftar Kursus

Sebelum mendaftar kursus di MayaBestari@UKM, pastikan anda telah memohon di eSPeL dan mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu. Anda akan menerima Kata Kunci Kursus untuk kegunaan pendaftaran kursus di sini.

Ikuti langkah berikut untuk mendaftar kursus :

  • Masukkan nama kursus di kotak carian. Contoh : komunikasi maya. 

  • Klik butang carian
  • Hasil carian akan dipaparkan seperti di bawah. Klik butang 'Klik untuk masuk ke kursus ini' untuk daftar kursus tersebut. 


  • Masukkan kata kunci kursus yang diperolehi di eSPeL di ruangan seperti di bawah dan klik butang Daftar


  • Senarai topik akan dipaparkan jika pendaftaran telah berjaya. 

3. Ikuti Kursus

Seterusnya, ikuti langkah berikut untuk melengkapkan kursus :


  • Objektif kursus akan dinyatakan pada bahagian Pengenalan seperti di bawah. 


  • Klik pada Topik 1 untuk memulakan kursus. Senarai subtopik seperti di bawah akan dipaparkan. Klik pada subtopik yang pertama dan ikuti kursus. Peserta tidak akan dapat ke topik atau subtopik seterusnya jika topi atau subtopik sebelumnya belum ditanda lengkap. 


  • Tanda kemajuan akan ditanda lengkap secara automatik jika peserta telah mengikuti subtopik tersebut.
  • Klik pada subtopik seterusnya untuk melengkapkan kursus.
  • Untuk ke topik seterusnya atau kembali ke topik sebelumnya, peserta boleh klik pada navigasi 'seterusnya' atau 'sebelumnya' yang terdapat di bawah halaman seperti di bawah



  • Setiap kursus akan mempunyai nota dalam bentuk teks atau video. Peserta perlu membaca dan menontot setiap bahan kursus yang disediakan kerana di akhir topik atau kursus akan ada penilaian yang akan menentukan kemajuan setiap peserta.



  • Peserta juga boleh menggunakan navigasi di sebelah kanan tetingkap untuk jalan mudah ke topik atau subtopik lain, untuk melihat gred dan juga jika ingin ke muka hadapan mayabestari.