Manual Pengguna

3. Ikuti Kursus

Seterusnya, ikuti langkah berikut untuk melengkapkan kursus :


  • Objektif kursus akan dinyatakan pada bahagian Pengenalan seperti di bawah. 


  • Klik pada Topik 1 untuk memulakan kursus. Senarai subtopik seperti di bawah akan dipaparkan. Klik pada subtopik yang pertama dan ikuti kursus. Peserta tidak akan dapat ke topik atau subtopik seterusnya jika topi atau subtopik sebelumnya belum ditanda lengkap. 


  • Tanda kemajuan akan ditanda lengkap secara automatik jika peserta telah mengikuti subtopik tersebut.
  • Klik pada subtopik seterusnya untuk melengkapkan kursus.
  • Untuk ke topik seterusnya atau kembali ke topik sebelumnya, peserta boleh klik pada navigasi 'seterusnya' atau 'sebelumnya' yang terdapat di bawah halaman seperti di bawah



  • Setiap kursus akan mempunyai nota dalam bentuk teks atau video. Peserta perlu membaca dan menontot setiap bahan kursus yang disediakan kerana di akhir topik atau kursus akan ada penilaian yang akan menentukan kemajuan setiap peserta.



  • Peserta juga boleh menggunakan navigasi di sebelah kanan tetingkap untuk jalan mudah ke topik atau subtopik lain, untuk melihat gred dan juga jika ingin ke muka hadapan mayabestari.