Manual Pengguna
Papan Pemuka / Dashboard
1. Untuk pergi ke papan pemuka dari halaman utama, pengguna perlu klik pada nama pengguna di sebelah atas skrin. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan.
2. Klik Dashboard / Papan pemuka.
3. Skrin papan pemuka akan dipaparkan.
4. Pada papan pemuka, terdapat paparan Garis masa, Kursus yang diakses baru-baru ini, Gambaran keseluruhan kursus, Navigasi dan Kalendar.
5. Garis masa akan memaparkan aktiviti yang perlu dilaksanakan pengguna.
6. Kursus yang diakses baru-baru ini pula akan memaparkan senarai kursus yang telah disertai oleh pengguna dan diakses pada waktu terdekat.
7. Gambaran keseluruhan kursus pula akan memaparkan semua senarai kursus yang pengguna sertai beserta maklumat kursus. Juga ada dinyatakan status kursus berkenaan dan peratus kemajuan kursus.
100% selesai akan dipaparkan jika peserta telah menyelesaikan semua aktiviti.