Manual Pengguna

Kursus Saya

1. Untuk melihat senarai kursus yang pengguna sertai (enrol) sama ada melalui pendaftaran kendiri atau urusetia, klik pada menu Kursus Saya. Terdapat bilangan kursus serta senarai kursus.

kursus saya

Contoh ini menunjukkan pengguna telah menyertai (1) kursus iaitu Pengenalan Microsoft Teams. Kursus yang disenaraikan ini tidak hanya terhad kepada peserta / pelajar tetapi juga termasuk Urusetia, Pengajar, Pemeriksa atau Penilai Peperiksaan.

2. Klik pada nama kursus tersebut untuk masuk semula ke dalam kursus.

3. Jika menu Kursus Saya tidak dipaparkan pada menu pengguna, pastikan pengguna telah log masuk terlebih dahulu. Atau jika telah log masuk namun tiada menu tersebut, bermakna pengguna belum mendaftar mana-mana kursus.

4. Jika kursus yang berdaftar tiada di dalam senarai Kursus Saya, bermakna kursus tersebut telah disembunyikan oleh urusetia atau sudah tidak tersedia.