Manual Pengguna

Bahasa

MayaBestari@UKM menyediakan dua(2) pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu (ms) dan English (en).

Pertukaran bahasa boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu pertukaran secara sementara atau pertukaran secara tetap.

Pertukaran Secara Sementara

1. Skrol ke bawah skrin sehingga ke bahagian pengaki (footer). 

bahasa footer

2. Klik pada bahasa yang dipaparkan untuk menukar bahasa. Pertukaran bahasa hanya melibatkan tetapan atau menu sahaja. Ia tidak melibatkan kandungan kursus. Kandungan kursus kekal mengikut bahasa asal yang ditawarkan.

Pertukaran Secara Tetap

1.  Klik pada nama pengguna di sebelah atas skrin. Tetingkap seperti di bawah akan dipaparkan.

tetapan

2. Klik pada Tetapan / Preferences.

3. Skrin tetapan akan dipaparkan seperti di bawah. Klik pada Bahasa pilihan / Preferred Language.

tetapan2

4. Pilih bahasa yang menjadi keutamaan dan klik butang Simpan perubahan / Save changes.

bahasa2

5. Bahasa akan bertukar mengikut bahasa pilihan. Bahasa yang dipilih akan kekal menjadi bahasa keutamaan apabila setiap kali pengguna masuk ke dalam MayaBestari@UKM.